dibukanmelayukan
Mereka tertawa, kitapun ketawa, mereka mencerca, kitapun mencerca. Tetapi sebenarnya yang ditertawakan dan dicerca adalah diri kita sendiri. Mengapakah Melayu memperlekehkan bahasanya sendiri secara terang terangan. Kolotkah bahasa itu, atau hinakah ia. Biasa kedengaran kata-kata, "excuse my Bahasa..." Persoalannya mereka yang mencanagkan bahawa bahasa Melayunya teruk (kononya tidak trendy), sebenarnya juga mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang juga lemah... oleh itu dimanakah kedudukanya.?
Cukup sedih bila anak Melayu sendiri seperti menyampah bukan sahaja untuk menuturi malahan pengistilahannya turut ingin dipinda atas nama perpaduan kononnya. Apatah lagi orang lain yang memang seawalnya menunggu masa untuk memperlekehkan bahasa itu. Tidak mengapa jika tidak sempurna tuturnya, tetapi usahlah dikeji. Belalah ia, letakannya di tempat sewajarnya.
Rata-rata dikebanyakkan blog, contoh terhampir blog Sdr. Rocky's, hampir semua pemblog bukan Melayu menentang pengistilahan bahasa Melayu kononnya tak muhibah. Termasuklah Melayu sendiri turut menentang atas dasar 'trend'. Sememangnya Melayu amat mengambil hati orang lain, hinggakan hak sendiri sering diabaikan.
Jika bukan kita memertabatkannya, siapa lagi, orang lain takkan sudi melakukannya. Jangan sampai suatu hari nanti bahasa itu dibukanmelayukan pula. Kiranya hilang 'Melayu'nya maka yang tinggal ialah 'sia', akan sia-sialah keturunan mendatang. Simbol kemelayuan semakin pupus. Tanah yang dulunya Tanah Melayu, telahpun hilang Melayunya. Yang tinggal cuma Keretapi Tanah Melayu, itupun sudah dipendekkan menjadi KTMB. Mangsa seterusnya ialah bahasa pula.
Apakah sebenarnya masalah orang lain ini yang mencemuh bahasa Melayu. Apakah mereka takut akan dimelayukan.(sememangnya ramai yang bukan Melayu, amat ngeri jika dimasukmelayukan/masuk jawi). Oleh itu janganlah dicabar kedudukan bahasa Melayu itu kelak banyak buruk daripada baiknya. Bukankah tanah ini juga asalnya Melayu. Tidak pernahpun tercatat sebagai tanah Negro, tanah Mongolia ke, tanah Cina ke mahupun tanah Orang Putih.
Mengapa perlu ada iri. Tidak akan kurang bukan melayunya bahasa lain jika bahasa Melayu didaulatkan. Mengapa perlu prasangka terhadap kedudukan Melayu kerana itu adalah haknya. Meskipun penggunaannya tidak sesempurna asalnya, namun itu tidak melayakkannya untuk dipersendakan. Walaupun banyak perubahan berlaku akibat asimilasi, namun ia tetap tidak merubah Melayunya.
Oleh itu jagailah simbol terakhir yang dimiliki kerana jika terlepas tak akan kembali semula.
Tepuk dada tanya selera.
Dengan izin,
I may be labelled as racist, hell with that.. the point is if others care about their races, so do I as a Malayman.

Labels: serious